Tuesday, 2 September 2014

TERMA & SYARAT PENYEWAAN

* Tempahan tanpa bayaran deposit tidak akan di layan.

* Pengambilan/penghantaran barangan hanya akan dibuat setelah urusan penempahan selesai sepenuhnya.

* Bayaran deposit sebanyak 50% perlu dijelaskan sekurang-kurangnya dalam tempoh 48 jam selepas perbincangan diadakan. Sekiranya kami tidak menerima bayaran deposit dalam tempoh tersebut, maka kami menganggap anda tidak berminat untuk meneruskan penyewaan dan slot akan diberikan kepada pelanggan yang lain.

* Baki bayaran perlu dijelaskan sepenuhnya pada hari pengambilan/penghantaran barangan.

* Penyewa perlu memberikan sesalinan kad pengenalan selepas membayar wang deposit atau ketika hari pengambilan/penghantaran barang sewaan.

* Wang bayaran deposit tidak akan dikembalikan bagi menangung kos kerugian. Sila pastikan tarikh majlis anda sebelum membuat sebarang tempahan dengan pihak kami.

* Barang yang disewa adalah dibawah tanggungjawab anda. Kerosakan/kehilangan barang semasa menyewa termasuklah jika perbuatan tersebut disebabkan oleh orang lain semasa majlis, anda harus bertanggungjawab keatas kerosakan tersebut. Caj penalti akan dikenakan berdasarkan harga barangan tersebut (bukan harga sewaan). Sila jaga barangan kami dengan penuh kasih sayang J

* Lewat mengembalikan barang akan dikenakan denda sebanyak RM 40.00/sehari. Sila kembalikan barang mengikut masa/hari yang telah ditetapkan (kecuali pakej yang dipasang oleh kami sendiri) bagi memudahkan kami menyediakan barangan kpd pelanggan kami yang seterusnya.

* Kami menasihatkan anda untuk memeriksa dahulu barangan yang disewa sebelum ia dibawa keluar dari premis kami atau ketika barang-barang tersebut di hantar ke tempat anda.

* Tempoh sewaan adalah 6 hari untuk single items & candy buffet manakala 7 hari untuk set pelamin & photo booth.


* Sesi penghantaran barangan boleh di uruskan bergantung kepada jenis barang yang di sewa & kenderaan yang tersedia. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung kepada lokasi.


* Sila sediakan kenderaan yang bersesuaian terutama untuk set pelamin & photo booth. Kami menyarankan anda untuk mengunakan kenderaan yang lebih luas untuk menampung kesemua barang sewaan anda.

No comments:

Post a Comment