* Tempahan tanpa bayaran deposit tidak akan di layan.
* Pengambilan/penghantaran barangan hanya akan dibuat setelah urusan
penempahan selesai sepenuhnya.
* Bayaran deposit sebanyak 50%
perlu dijelaskan sekurang-kurangnya dalam tempoh 48 jam selepas perbincangan diadakan. Sekiranya kami tidak menerima
bayaran deposit dalam tempoh tersebut, maka kami menganggap anda tidak berminat
untuk meneruskan penyewaan dan slot akan diberikan kepada pelanggan yang lain.
* Baki bayaran perlu dijelaskan sepenuhnya pada hari pengambilan/penghantaran
barangan.
* Penyewa perlu memberikan sesalinan kad pengenalan selepas membayar wang
deposit atau ketika hari pengambilan/penghantaran barang sewaan.
* Wang bayaran deposit tidak akan dikembalikan bagi menangung kos kerugian.
Sila pastikan tarikh majlis anda sebelum membuat sebarang tempahan dengan pihak
kami.
* Barang yang disewa adalah
dibawah tanggungjawab anda. Kerosakan/kehilangan barang semasa menyewa
termasuklah jika perbuatan tersebut disebabkan oleh orang lain semasa majlis,
anda harus bertanggungjawab keatas kerosakan tersebut. Caj penalti akan dikenakan berdasarkan harga barangan tersebut (bukan
harga sewaan). Sila jaga barangan kami dengan penuh kasih sayang J
* Lewat mengembalikan barang akan dikenakan denda sebanyak
RM 40.00/sehari. Sila kembalikan
barang mengikut masa/hari yang telah ditetapkan (kecuali pakej yang dipasang
oleh kami sendiri) bagi memudahkan kami menyediakan barangan kpd pelanggan kami
yang seterusnya.
* Kami menasihatkan anda untuk memeriksa dahulu barangan
yang disewa sebelum ia dibawa keluar dari premis kami atau ketika barang-barang
tersebut di hantar ke tempat anda.
* Tempoh
sewaan adalah 6 hari untuk single
items & candy buffet manakala 7 hari
untuk set pelamin & photo booth.
* Sesi penghantaran barangan boleh di uruskan bergantung kepada jenis
barang yang di sewa & kenderaan yang tersedia. Caj penghantaran akan
dikenakan bergantung kepada lokasi.
* Sila sediakan kenderaan yang bersesuaian terutama untuk set pelamin
& photo booth. Kami menyarankan anda untuk mengunakan kenderaan yang lebih
luas untuk menampung kesemua barang sewaan anda.